my Crew

Tuesday, 30 October 2012

sorry,blame it on me!

i can feel..



lirik:

As life goes on I’m starting to learn more and more about responsibilityAnd I realize everything I do is affecting the people around meSo I want to take this time out to apologize for things that I've doneAnd things that haven't occurred yetAnd things that they don’t want to take responsibility for
I’m sorry for the times that I left you homeI was on the road and you were aloneI’m sorry for the times that I had to goI’m sorry for the fact that I did not know
That you were sitting home just wishing weCould go back to when it was just you and meI’m sorry for the times I would neglectI’m sorry for the times I disrespect
I’m sorry for the wrong things that I’ve doneI’m sorry I’m not always there for my sonsI’m sorry for the fact that I am not awareThat you can’t sleep at night when I am not there
Because I'm in the streets like every dayI'm sorry for the things that I did not sayLike how you are the best thing in my worldAnd how I am so proud to call you my girl
I understand that there are some problemsAnd I am not too blind to knowAll the pain you kept inside youEven though you might not show
If I can't apologize for being wrongThen it’s just a shame on meI’ll be the reason for your painAnd you can put the blame on me
You can put the blame on meYou can put the blame on meYou can put the blame on meYou can put the blame on me
Said you can put the blame on meSaid you can put the blame on meSaid you can put the blame on meYou can put the blame on me
I'm sorry for the things that he put you throughAnd all the times you didn’t know what to doI'm sorry that you had to go and sell those bagsJust trying to stay busy till you heard from dad
When you would rather be home with all your kidsAs one big family with love and blissAnd even though pops treated us like kingsHe got a second wife and you didn’t agree
He got up and left you there all aloneI’m sorry that you had to do it on your ownI’m sorry that I went and added to your griefI’m sorry that your son was once a thief
I’m sorry that I grew up way too fastI wish I would’ve listened and not be so badI’m sorry that your life turned out this wayI’m sorry that the Feds came and took me away
I understand that there are some problemsAnd I am not too blind to knowAll the pain you kept inside youEven though you might not show
If I can't apologize for being wrongThen it’s just a shame on meI’ll be the reason for your painAnd you can put the blame on me
You can put the blame on meYou can put the blame on meYou can put the blame on meYou can put the blame on me
Said you can put the blame on meSaid you can put the blame on meSaid you can put the blame on meYou can put the blame on me
I’m sorry that it took so long to seeThey were dead wrong trying to put it on meI’m sorry that it took so long to speakBut I was on tour with Gwen Stefani
I’m sorry for the hand that she was dealtFor the embarrassment that she feltJust a little young girl trying to have funHer daddy shouldn't never let her out that young
I’m sorry for Club Zen getting shut downI hope they manage better next time aroundHow was I to know she was underage?In a 21 and older club they say
Why doesn’t anybody wanna take blame?Verizon backed out disgracing my nameI’m just a singer trying to entertainBecause I love my fans I’ll take that blame
Even though the blame’s on youEven though the blame’s on youEven though the blame’s on youI’ll take that blame from you

And you can put that blame on meAnd you can put that blame on me



Saturday, 27 October 2012

"Mum, this is so great"

hari ini, semua orang sibuk menyambut Raya Haji.. tinggal la aku sorang.. so aku kena siapkan assignment yang sepatutnya berkumpulan.. takpe2, so aku inform at si sepet aku nak g KL Sentral, lepak at MCD sorang2.. sambil2, bblogg la duluu.. heehehe.. dalam LRT td aku terserempak dengan budak comel, yang dipimpin oleh mak dia.. kat tangan dia ade robot.. dudlu aku ada satu.. aku panggil dia 'robotkop'.. mummy aku bg supaya aku leh duk diam2 n die g kerja.. aku sanggup sorokkan bawah katil supaya saudara2 aku xsentuh gadget pertama yang aku syg.. huhuuuu


'robotkop' aku mcm ni dulu, tapi merah hitam..hehe

"mum, this is so great mum!" tu yang aku dengar dr budak tu.. die happy sangat2 dapat robot uh.. mp3 aku plak lagu 'Ibu by Knowno'.. huhhhhhh~ bergenang plak airmata dalam train ni.. aku sedar aku sorang perantau.. perasaan mcm ni dah biasa sebenarnya.. cuma aku yang susah nak terima.. 


lagu ni lagu dak Sarawak.. lirik dia sangat kena dengan aku.. 

okayla, sebelum aku meraung depan Maccy bek aku tutup cite ni..huhuuu.. hormatilah ibu bapa kita selagi ada, walaupun ada dikalangan kita tak pernah merasai kasih sayang jagaan nya....

p/s: Ibu kucing aku je payah nak jage anak! huh~

Tuesday, 23 October 2012

Teman Pengganti by Black

Lirik Lagu Teman Pengganti : Black ft Malique

Ketawa bersama
Menangis bersama
Ku bersumpah harap kita
Mati pun bersama

Sejak dua menjak ini
Makin kerap ku diganggu visi
Bila celik, juga bila mimpi
Aku nampak kau, tapi bukan aku yang di sisi
Dia membelaimu dengan izin dan permisi
Sentuhan katanya semuanya kau iakan
Sentuhan jari kau diamkan dan biarkan
Aku redha walau tidak ku damba
Walau hampa semuanya dah dijangka

Beberapa purnama dulu cinta bertahta
Kenangan dibina kita indah belaka
Ketawa bersama, menangis bersama
Ku bersumpah harap kita mati pun bersama
Namun hakikatnya, bukan mudah
Aku sembunyikan gulana-gundah
Segalanya kan berubah
Dengarkan apa yang ku mahu luah

*Rahsia ini
Telah lama ku pendamkan
Tiba masanya
Segala-galanya
Ku ceritakan
Aku kan pergi
Pergi ku tak akan kembali
Tiba masanya
Kau cari teman pengganti

Dalam dunia yang maya, prejudis dan bias
Kita tak terlepas dari terkena tempias
Rimas, ditindas, sembunyi dalam puisi dan kias
Tidak kau bidas, tak berpaling walau sekilas
Hanya kau yang tahu kodeksku yang kompleks
Dalam disleksia cuba kekal dalam konteks
Bila dunia seolah tak memahami
Kau sudi selami, dalami dan mengalami

Setia mendengar, sentiasa hadir
Ingat setiap ulangtahun, setiap hari lahir
Tiba pagi Syawal, kaulah yang terawal
Syawal yang terakhir ini pasti rasa janggal
70 000 hijab harus ku singkap
Ku sorok kitab balik tingkap penjara hinggap
Dalam diam ada, seorang yang ku puja
Kau teristimewa tapi dia yang sempurna

Ulang *

Sejak dua menjak ini, ku mencari fungsi kewujudan
Dalam persekitaran yang penuh kejumudan
Terperangkap dalam jasad, ku keliru
Mujur ada kau si peneutralisasi pilu
Namun aku tetap murung, berkurung
Tubuh makin susut, menunggu tarikh luput
Komplikasi di halaman rusuk kiri
Makin sukar nak bernafas, nak bergerak, nak berdiri

Lagu ini yang terakhir aku sajikan
Kalau rindu nanti bolehlah kau nyanyikan
Jaga diri, jangan makan hati
Yang patah kan tumbuh, yang hilang kan berganti
Bilik dah ku kemas, katil dah ku rapi
Cincin, kunci, dompet dalam laci
Ada sikit wang, itu saja baki
Moga-moga cukup untuk majlis itu nanti

Aku kan pergi
Bertemu kekasih abadi
Tiba masanya
Kau cari teman pengganti






p/s: sangat-sangat suka.. 

Thursday, 18 October 2012

Tragedi Hitam Buat Seorang Wanita


CHERAS: Seorang wanita melalui detik hitam dalam hidupnya selepas dia yang berjalan sendirian bukan saja ‘diculik’ tiga lelaki, malah turut diperkosa seorang daripada lelaki terbabit.
Difahamkan, wanita berusia awal 30-an yang trauma selepas menjadi mangsa nafsu serakah lelaki terbabit pada malam Isnin lalu membuat laporan di Bali Polis Petaling, kelmarin.


Menurut sumber, ketika kejadian, mangsa keluar rumah untuk ke sebuah kedai berhampiran Taman Kampung Muhibbah, di sini, jam 9.30 malam.

“Ketika mangsa berjalan sendirian, sebuah kereta dinaiki tiga lelaki tidak dikenali menghampiri mangsa. Seorang daripada mereka keluar daripada kereta itu sebelum menarik mangsa.

SEKADAR gambar hiasan..


“Mangsa yang terkejut dengan tindakan lelaki terbabit cuba mempertahankan diri dengan meronta dan menjerit,” katanya.


Sumber berkata, tindakan mangsa itu bagaimanapun gagal sebelum dia ditolak ke dalam kereta dan dilarikan ke sebuah kawasan kilang berhampiran.

Beliau berkata, selepas kejadian berkenaan, mangsa dibawa semula ke lokasi mangsa dilarikan sebelum ditinggalkan.


Berikutan itu, mangsa pulang ke rumahnya sebelum membuat laporan di Balai Polis Petaling, di sini.


sumber:harianMetro

P/s: that why aku tak berani sangat biarkan si sepet jalan sorang2.. 




Thursday, 11 October 2012

You Deserve For It

dah lama aku tengok kau.. aku tengok je gerak-geri kau.. mana-mana ja orang akan mimpikan kau.. ada yang sanggup menangis nak dapat kau.. kalau ada word "beza" antara kau dan Ryend.. kau memang menang.. kau senyum je orang dah suka.. tp si Ryend?? macam-macam dia buat.. tapi tak de hasil.. betul cakap kak long.. "kerja keras tak guna".. 



kadang-kadang aku terfikir.. aku nasihatkan Ryend untuk mengalah.. sebab aku tahu tak da sapa dapat tandingi kau.. ye.. Ryend mula mengalah sekarang.. hanya dia dapat terima diri dia.. 

tapi.. kau jangan sesekali salah gunakan kelebihan yang kau ada.. kau je contoh buat Ryend.. semua yang die nak buat.. semuanya ada kau..  orang kata jadi diri sendiri.. tp kau?? kau jadi macam-macam pun orang lagi sayangkan kau bagai nak gila..

Ryend tak mintak orang sayang dia.. Ryend tak suruh orang banggakan dia macam mana orang tengok kau.. jangan ganggu dia lagi.. jangan sakitkan dia lagi.. dia dah kalah..ok?? puas?? Ryend dah mengalah.. please take note.

Wednesday, 10 October 2012

bayi mati dihempap abang


ALOR SETAR: Seorang bayi lelaki berusia 30 hari yang belum sempat didaftarkan nama di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), meninggal dunia selepas dipercayai dihempap abangnya ketika mangsa tidur di rumah keluarganya, di sini, awal pagi semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 5 pagi itu, mangsa yang mengalami lebam di pipi, disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan mendapatkan rawatan di sebuah klinik kesihatan di Jalan Putra, di sini.

Mayat mangsa kemudian dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), di sini, untuk urusan lanjut.

Difahamkan, abang bayi berkenaan yang berumur lima tahun, dikatakan nyenyak tidur di atas katil sebelum terjatuh lalu menghempap badan adiknya yang tidur di tepi katil.



GAMBAR hiasan..
Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Adzaman Md Jan ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan berkata, keluarga mangsa sudah membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar, kira-kira jam 11 pagi semalam.

sumber:harianmatro



junior dipaksa berbogel

bukti..mangsa dan bapanya menunjukkan rakaman..


GURUN: “Anak saya dimalukan apabila dipaksa telanjang sebelum seorang pelajar merakam gambar bogelnya menggunakan telefon bimbit dengan alasan bergurau. Lebih mengecewakan, kejadian itu berlaku Februari lalu dan hanya diketahui apabila telefon bimbit pelajar berkenaan dirampas warden pada 30 September lalu.”
Demikian kata bapa pelajar lelaki berusia 13 tahun yang kesal dengan sikap sambil lewa pengurusan sebuah sekolah menengah di sini, yang didakwanya tidak mengambil tindakan terhadap aduannya berhubung kejadian itu.

Bapa berusia 36 tahun itu berkata, dia hanya mengetahui mengenai rakaman video bogel anak lelakinya itu selepas isterinya dimaklumkan anaknya dipanggil Guru Penolong Kanan, Hal Ehwal Pelajar (PKHEP) pada 1 Oktober lalu berhubung kejadian buli di asrama sekolah berkenaan.

Menurutnya, ketika itu, anaknya baru sebulan tinggal di asrama dan difahamkan kejadian berlaku ketika dia ke tandas dengan memakai tuala sebelum dipanggil pelajar senior dan dipaksa berbogel sebelum disepak berulang kali.


“Pada keesokan hari, isteri saya bertemu pengetua untuk melihat rakaman telefon bimbit itu dan dimaklumkan seorang pelajar tingkatan lima terbabit perbuatan itu, tetapi beliau enggan membenarkan isteri melihat rakaman berkenaan dengan alasan telefon itu kehabisan bateri.

sumber:harianmetro

p/s:kadang2 gurau kasar boleh menjejaskan maruah..


kau tak pernah tahu

kalau kita rindukan seseorang yang kita sayang.. dapat tak dia rasa apa yang kita rasa..?? aku tak tahu mood aku hari ni kenapa.. aku rindukan sesuatu dari si sepet.. mungkin bagi orang yang lagi baik dari aku.. dia akan tunjukkan rasa rindu dia dengan cara yang cinta hati kita suka.. macam mana kalau orang tak leh terima cara kita..?? aku cuba capai tangan dia.. tapi dia tetap berlalu pergi.. aku cuba peluk bayangan dia.. tapi bayangan lain menghantui aku hari ni.. seharian aku berfikir... sapa sebenarnya aku.. kenapa aku tak macam 'dia'?? yang mampu buat orang senyum macam mana pun orang tu marah kan.. aku rindu si sepet aku.. aku tak mampu jauh dari dia.. tapi bila aku ingat balik apa yang pernah singgah at telinga aku ni.. aku kena belajar sesuatu daripada si sepet... 


si sepet....cuba pegang hati tok.. kitak akan rasa rindu kamek lebih banyak dari degupan yang kitak rasa.. pagang tangan kamek... lembutkan hati kasar kamek.. ngan rindu kitak... kamek dah sik mampu.. berlakon atas semua situasi.. kamek mok kitak... sepet....




Penyeri Hidup part 1

aku dan si sepet adalah pencinta haiwan yang tegar terutamanya KUCING.. 1st kucing aku hadiahkan at si sepet adalah Cekodok.. 


Cekodok ni asal dari Penang.. masa aku dan si sepet dok at Penang dulu.. satu malam tu si sepet merajuk.. secara kebetulan aku jumpa Cekodok ni.. aku bawak la balik rumah.. si sepet suka sangat2.. tapi die nak lepaskan Cekodok sebab takut orang yang punya.. Esoknya aku lepaskan Cekodok.. tapi bila bukak pintu.. ade jugak Cekodok at depan pintu.. so aku ambik la balik dan masukkan dalam sebahagian hidup aku..

Cekodok ni sangat2 istimewa bagi aku.. dia la penyeri hidup aku yang tak pernah buat aku sakit hati.. perangai dia lain dari yang lain.. yang paling aku suka, dia pernah tengking aku sebab dia bengang aku geletek dia tanpa henti.. huhuu

Dia tak suka dengar bunyi 'khinzir'.. kalau dia dengar bunyi tu depan dia sah kena penampar..hahaha...


sebelum dia pergi.. aku tak sengaja marah dia.. aku marah dia sebab dia taknak makan.. aku ingat lagi.. jam 3 pagi dia hembuskan nafas terakhir.. aku peluk dia.. aku cium dia.. si sepet nak tanam tapi aku taknak lepaskan dia.. walaupun badan dia semakin sejuk.. tapi ratapan aku masih belum behenti.. dia kucing kitaorang yang sanggup susah senang sama-sama..

aku tak leh lupa.. aku selalu bawak dia g kedai mamak runcit kat bawah rumah.. beli makanan dia.. supaya dia tahu makanan dia bentuk camna.. satu hari tu dia tak balik rumah.. so aku tanya kat mamak tu ada jumpa x.. mamak tu cakap Cekodok ada masuk kedai dia g tempat makanan.. huuuwwwww.... Cekodok adalah sangat2 buat aku tersentuh... R.I.P-

Tuesday, 9 October 2012

We Are Shoppa Holiccc Style

sana sini aku dengar oppa gangnam,oppa oppa oppa gangnam style.. hahaaa.. ni cite sal aku and si sepet aku.. kami adalah shoppppa holicccc style!!! huhu.. tak kira la window shopping ke.. shopping barang dapur ke.. any type of shopping laa aku rase kiteorang dah buat.. huhuuu..

aku suke shopping barang-barang rumah, barang-barang meow kiteorang dan yang penting barang-barang yang pelik.. si sepet pulak suke shopping kasut aku dan dia, baju aku dan dia, then aku lebih suka suruh dia yang pilihkan barang-barang dapur sebab aku tak mahir lagi bahagian tuhhh..

if nak tengok perabot rumah aku sarankan pergi...

Houz Depot


VIVA Home

haaa... yang disenarai uh yang aku rase best untuk tengok perabot rumah.. if korang ade tempat yang lagi best gtau la ehh... tapi yang kempunan nye.. kitaorang lom jejak lg Viva Home uh.. member kata at sane best..huhu

if nak shopping barang-barang dapur si sepet suke pergi...

Carrefour MidValley


Jusco/Aeon


Cold Storage


kalau ade blogger yang suke and syg gilerrrr2 ngn binatang peliharaan.. jom kite ramai-ramai meriahkan kedai Petwonderland..

PetWonderland

kat situ murah kalau member and banyak pilihan la dari segi ubat, makanan, grooming.. etc.



DADAH untuk suara lunak

IPOH – “Saya ambil dadah sebab nak melunakkan suara selain menghayati lagu yang dinyanyikan di karaoke, bukan untuk berkhayal,” luah Mat yang ditahan anggota Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), di sini.



Pemuda berusia 23 tahun itu memberi alasan setelah didapati positif selepas menjalani ujian air kencing dan dipercayai mengambil tiga jenis dadah iaitu syabu, heroin dan ganja.
Lelaki terbabit ditahan kira-kira jam 11 malam berhampiran sebuah pusat karaoke di Jalan Yang Kalsom, di sini selepas dilihat dalam keadaan mencurigakan sebaik keluar dari pusat hiburan itu.
Jurucakap anggota AADK berkata, pada mulanya lelaki itu tidak mengaku mengambil dadah dan berpura-pura tidak sihat.
“Malah, dia turut mengaku mengalami demam denggi namun selepas keputusan ujian saringan awal diterima, kami mendapati suspek mengambil tiga jenis dadah berlainan sekaligus untuk mendapatkan kesan khayal berganda.
“Apa yang dilakukan remaja ini amat berbahaya boleh memudaratkan sistem badan serta merosakkan saraf otak jika diambil berlebihan. Malah tindakan gila lelaki itu turut boleh meragut nyawa,” katanya.
Seorang lagi lelaki yang hanya dikenali sebagai Hafizi, 20-an mendakwa dia memperolehi keseronokan berganda jika mengambil dadah sewaktu menyanyi di karaoke.
“Jika ambil benda tu (dadah) saya dapat menyanyi dengan penuh semangat dan nyaring terutama lagu rock malah ramai rakan saya turut melakukan perkara yang sama sebelum menyanyi,” katanya yang sudah menagih dadah sejak usia belasan tahun lagi.
Hasil ujian kemudiannya mendapati, suspek berkenaan positif mengambil dadah heroin dan ditahan bersama 10 penagih dadah lain. – Sinar Harian

sumber-sinarharian

p/s: nak suara merdu?? cube telan fisherman..hahahahaha

bunuh bapa guna batang kayu


KLANG: Seorang lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tuduhan membunuh dengan menggunakan batang kayu bapa kandungnya yang merupakan seorang kontraktor, di Pelabuhan Klang di sini pada akhir bulan lepas.
D Muthtamil, 22, didakwa membunuh S Doraisamy, 58, dengan cara memukul mangsa di kepala di rumah No.3, Lorong Sungai Sama Gagah 18C, Taman Telok Gadong Indera, kira-kira pukul 6.20 pagi pada 29 Sept. 

Tertuduh yang bekerja dengan bapanya didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan. 

Muthtamil mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah terhadapnya.



Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan.



Majistret Azlinda Ahmad Sharif menetapkan 26 Nov ini untuk sebutan semula kes sementara menunggu laporan bedah siasat. 



GAMBAR HIASAN




Terdahulu, peguam Gerard Lazarus yang mewakili tertuduh memaklumkan mahkamah bahawa sejak ditangkap anak guamnya telah dipukul serta diseksa dan tertuduh juga ada mengemukakan nama alibi kepada pihak polis tetapi sehingga kini tiada sebarang siasatan dijalankan. 

Sehubungan itu, beliau memohon agar anak guamnya dibenarkan untuk membuat laporan polis berhubung perkara itu. 

Azlinda kemudian membenarkan tertuduh membuat laporan polis di penjara Sungai Buloh. 

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Shahrul Ekhsan Hasim. 

Menurut laporan awal, mangsa ditemui mati dalam keadaan terlentang di atas lantai bilik tidurnya dengan kesan kecederaan di kepala. 

Polis tidak menolak kemungkinan lelaki itu juga disamun sebelum dibunuh kerana wang mangsa berjumlah RM2,500 dalam dompet hilang. - Bernama





sumber: harianmetro


p/s: manusia dah tak kenal erti pengorbanan ibu dan ayah.. ish3.....

Monday, 8 October 2012

sarang ponteng budak sekolah





Laluan ke 'sarang ponteng' dipenuhi dengan sampah sarap

KUALA LUMPUR: Taman Rimba Bukit Kerinchi, Pantai Dalam, di sini, yang dibuka, baru-baru ini, kini menjadi lokasi kaki ponteng pelajar dari sekolah berhampiran untuk melepak.
Lokasinya yang terpencil dan jauh dari kesibukan jalan utama menjadikan kawasan berkenaan sunyi dan ini menyebabkan segelintir pelajar sekolah menengah dan rendah mengambil kesempatan ke situ.


Tinjauan Metroplus pada jam 11 pagi di taman rimba itu baru-baru ini, mendapati terdapat sekumpulan remaja mandi-manda dan berbual-bual sambil merokok di pondok di situ.

Ketika ditanya mereka mendakwa berusia 11 hingga 17 tahun dan semuanya berasal dari perumahan berhampiran taman rekreasi berkenaan.


Menurut mereka, ibu bapa masing-masing tidak mengetahui apa yang dilakukan kerana bekerja dan pemerhatian juga mendapati pada jam 1 tengah hari kumpulan remaja itu bergerak pulang sama seperti waktu tamat persekolahan biasa.


Peniaga, Muhd Saiful Adnan, 20, berkata, walaupun baru pertama kali ke taman rimba itu, namun dia agak kesal apabila mendapati kawasan itu menjadi lokasi kaki ponteng pelajar sekolah.

Katanya, lokasi yang jauh daripada kawasan perumahan selain tiada kawalan ketat di taman itu menyebabkan mereka bebas keluar dan masuk ke pusat rekreasi itu.


“Sekiranya tiada pengawasan di kawasan itu, kami bimbang pelbagai jenayah lain dilakukan remaja kerana tiada siapa sedar perbuatan mereka kerana ia jauh daripada pandangan masyarakat.

“Malah, saya dapati sudah banyak kerosakan dilakukan di tandas selain terdapat kecurian seperti kipas,” katanya.


Katanya, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) perlu bertindak lebih tegas menangani perkara ini bagi memastikan taman rimba itu terjaga dan memberi keselesaan kepada pengunjung.



Bagi Syed Ahmad Syuhaidi, 24, dia berkata, selain kawasan itu menjadi ‘port’ lepak pelajar yang ponteng, taman itu perlu diselenggara lebih baik bagi menarik orang ramai untuk berkunjung.


“Macam mana orang ramai hendak tahu kewujudan taman rimba ini kerana tanda lokasi tidak kelihatan, malah sepanjang laluan dari jalan utama pula dipenuhi sampah-sarap selain tiada bekalan air dan elektrik.



“Ramai kawan-kawan saya tidak tahu mengenai taman ini dan mereka terkejut sebaik mengetahui lokasinya terletak di Pantai Dalam,” katanya.



MELEPAK.. Dua remaja dipercayai melepak selapas mandi di Taman Rimba



Sementara itu, Pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Nasional, Prof Datuk Dr Mohamad Ali Hassan berkata, kerjasama semua pihak perlu bagi mengekang aktiviti ponteng di kalangan pelajar dan mereka berhak melaporkan kegiatan itu kepada pihak sekolah.



Katanya, kerjasama ibu bapa dan komuniti setempat melaporkan jika terdapat kejadian itu bagi rekod sekolah ia sekali gus mengekang perbuatan terbabit.



“Bagaimanapun, pihak sekolah juga boleh mengambil beberapa langkah untuk mengelakkan perkara ini berlaku antaranya dengan memanggil nama pelajar yang ponteng atau menaikkan nama pada laman web sekolah.


“Dengan ini, pelajar yang melakukan kesalahan itu sedar dan malu untuk mengulangi aktiviti tidak berfaedah,” katanya ketika dihubungi.



Katanya, dasar ‘sifar ponteng’ juga perlu dilaksanakan kerajaan bagi menjadikan sekolah sebagai pusat ilmu seterusnya membudayakan pendidikan di kalangan pelajar.



Sementara itu, Pengurus Perancangan Korporat Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Dr Ismail Stapa berkata, sekiranya kegiatan ponteng itu berlaku di kawasan selenggaraan mereka, pemerhatian akan dilakukan pihaknya, namun tiada tindakan diambil berikutan perbuatan itu bukan di bawah bidang kuasa mereka.


Katanya, sekiranya mereka tidak mengganggu atau melakukan perbuatan vandalisme, pegawai yang ditugaskan di satu-satu kawasan riadah tidak boleh melakukan tindakan kecuali menasihat mereka supaya berkelakuan baik.



sumber: myMetro

p/s: budak2 zaman sekarang, tak g CC, g pondok, tak g pondok g lombong.. cer ponteng g bilik guru beso ke.. ade aircond+leh borak2 ngan cikgu.. hehe.. =)